Posts

Showing posts from June, 2015
Image
Allah. Sebak dan kagum rasanya tengok sahabat-sahabat membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara pilihan masing-masing  . Tengok nama orang yang pi Mesir ,indon ,  teman yang aku kenal . Kenal di sekolah ,kenal di tuisyen, kenal dalam whatsapp , kenal dalam facebook. Apa-apa pun kita berkawan . Kagum . Sebak . Itulah perjuangan mereka . Perjuangan mereka jihad mencari ilmu di negara orang. Cemburu dengan mereka . Cemburu melihat mereka dapat merantau ke tanah para anbia'. Tapi aku tahu ilahi lebih mengetahui . Apa yang terbaik untuk diri Jadi , aku belajar disini , di negara sendiri , tapi apa yang pasti, terselit impian ingin kesana nanti. ------------------------------------------- Kawan . Aku doakan korang selamat pergi . Semoga dipermudahkan segalanya . Mohon doakan untuk aku juga yea. 😊 Doakan aku disini supaya kita berjaya sama-sama nanti 🙆 Belajar elok-elok , jangan lupa kawan kat sini . Ingat!!  Jangan pernah lupa Nur Syahirah Mat Za

Ujian Hidup Seorang Hamba

Angin sepoi-sepoi meniup . Aku yang sedang termenung di jendela merasakan kedinginan pagi  . Di luar jendela penuh dengan tanaman hijau - hijauan . Membuatkan aku rasa tenang  dan termenung buat seketika. Aku termenung . Memikirkan nasib diri yang tidak keruan . Aku sakit . Sakit dengan ujian yang diberi dari ilahi . Tapi inilah sebuah perjuangan . Melawan penyakit yang ada dalam diri . Kekadang aku terfikir , kenapa aku sakit , ya . jawapanya mungkin ini sebuah kafarah dosa . Supaya aku ingat pada-Nya pada setiap masa dan ketika . Kerana pada masa itu aku hanya mampu mengadu pada Dia . Saat ini bukan dunia yang kucari . Saat ini hanya mati yang ku ingati . Saat ini hanya  ilahi yang aku rindui. Sakit . Perit . Tapi inilah yang perlu ku lalui. Yaa .Aku tahu . Ujian ini kerana Dia sayang pada hamba-Nya . Dan aku bersyukur kerana aku salah satu  dari orang yang diuji  . Aku redha . Redha dengan ujian ini . Kerana ini satu kafarah dosa , yang boleh menguggurkan dosa yan

H.i.j.r.a.h

Image
Hebat perancangan Allah. siapa sangka yang dulunya hidup dalam kegelapan kini sudah menemui cahaya. Malah penghijrahannya kini ke arah lebih baik. . hinaan dan cacian yang diterima memberi seribu kekuatan dalam diri. Allah uji tanda Dia sayang. Dia mahu hambaNya kembali padaNya. . cantikk kan. di sebalik sesuatu ada sesuatu. redha. sangka baik. rebah kerana manusia dan dosa2,bangkitlah demi Dia. tabah sayang :')

Mengeluh

: M ENGELUH : Sedikit perkongsian tazkirah : Ketika kita mengeluh " isshh . aku penat  sangat " ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) ------------------------------------ Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku. " ALLAH menjawab : (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286) ---------------------------------------   Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa. " ALLAH menjawab : ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) ----------------------------------------- Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia. " ALLAH menjawab : (فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) "Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat

Al -Quran

Kenapa kita perlu baca Quran dalam bahasa Arab meskipun kita tak memahaminya.... Ini adalah sebuah cerita yang indah. Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua 👴 tinggal di sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit bersama seorang cucu lelakinya yang masih belum baligh 👦. Setiap pagi selepas solat subuh 🌄 datuk ini akan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Qur'an 📖. Cucunya yang gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar kepadanya. Suatu hari si cucu bertanya, "Atok! Adik cuba baca Qur'an macam Atok tapi Adik tak faham dan apa yang adik tak faham Adik cepat lupa. Adik lupa  sebaik saja tutup buku Qur'an ni. Apa gunanya baca Qur'an macam tu? " Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya itu bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul rotan yang terkait rapi 👜, guna untuk menyimpan arang dapur. "Nah, ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik air sebakul ke sini

Pesanan Seorang Abah Untuk Semua

Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri. Puteri abah, kasih sayang abah. . Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan. . Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan me
السلام عليكم . --------sedikit renungan bersama -------- Bayangkan. Kita ada anak kecil. Umur 3 tahun. Satu hari. Kita tengah masak di dapur. Si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis. Nakkan pisau jadi mainan. Agak-agak kita bagi? Tentu lah tidak, kan. Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak? Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan. Walaupun di mata anak. Pisau itu 'menyeronokkan' Tapi kita lebih tahu. Ia merbahaya untuk anak kita. Kita lebih tahu. Anak tidak tahu. Begitu juga. Kita dengan Allah. Kita 'merengek' nakkan sesuatu. Tetapi Allah tidak izinkan. Adakah Allah tidak sayangkan kita? Bahkan, kerana sayanglah. Kemahuan kita tidak diturutkan. Malah diganti dengan yang lebih baik. Kerana apa yang kita mahukan itu. Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita. Tapi tidak pada pengetahuan Allah. Allah lebih tahu. Kita tidak tahu. --------------------- Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang

Interview di Upsi

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah , Hari ni 16 / 6 / 2015 selesai sudah interview dekat UPSI untuk course Bahasa Arab dan Pendidikan.. Sebelum ni takdelah rasa nervous sangat , biasa-biasa je la , then bila sampai je dekat UPSI, Ya Allah , tengok ramai manusia , tetiba rasa dup dap dup dap . Nak tercabut je jantung masa tu , Haha . Semua duk tunggu panggilan depan bilik interview masing-masing , Aku yang ke 16 so sokeyla , tak awal dan tak lambat sangat . Nasib baik gak penemuduga tu panggil 2 orang sekali masuk , so cepatlah giliran sikit  untuk masuk . Cuak kut duk tunggu lama-lama . Then ... Nama dipanggil . So anyone yang nak interview tu , entry lepas aku ada post dh antara soalan -soalan yang bakal ditanya , Tapi : Ni  yang aku kena interview hari ni ; 1 ) Latar belakang . 2 ) Gi depan , ambik kertas , baca teks arab dan terjemahkan 3 ) One day , if you have a son , how you want to treat them to be Soleh . 4 ) Kenapa saya perlu memilih awak . Haa,. ezy
Perempuan , perempuan . Please ah bace benda nieh . Kalau kau tak bace percayalah kau akan menyesal gila. And , pls take note keyh . First, drpd pemerhatian aku la girl sekarang mudah nak diperbodohkan oleh lelaki. Tak bukan ape tau  , aku sedih tgk kaum aku sendiri mcm ni .. Bukan semua lelaki berperwatakkan sebenar dgn siapa diorang dlm chat korang .. Tak faham ? Okay , mcm ni . Dia chat kau macam nie 'aku setia dgn kau , tak pandang perempuan lain .. ' well . contoh ni ayat kau , then kau pun 'aww okay janji tau tau' bagai .. Hey, wake up girls .. . korang tau kan diorang ada nafsu . walau macamana dia jaga mata dia sekali pun  , diorang tetap akan pandang perempuan lain . yeah, mungkin yg lebih lawa dari kau . And, apa yg lagi teruk .. ? Mungkin dia akan bayangkan macam mcm dgn girl yg dia pandang . yeah aku dah cakap , dia lelaki . Okay . Tu first  . em, lagi satu aku selalu tgk girl .. sekarang terlalu bagi perasaan  100% dkt lelaki .. exmple macam kau u
Bismillahirrahmanirrahim Bukak web UPSI tadi then masukkan number ic ,tengok nama ada dalam list. Alhamdulillah . 16/6 aku kena temuduga . So i need to prepare all question that they may ask . survey , survey . antaranya yang bakal ditanya : Antara interview upsi: 🐬speaking BA & dalil hk ada kaitan nga pendidikan(wajib hafal) 🐬cari isi2  umum yg bleh kaitkan dgn pendidikan. 🐬kelebihan diri dlm BA 🐬perkenalkan diri dengan BA 🐬teknik set induksi dlm BA 🐬terjemahan surah2 pendek dlm muqaddam 🐬promosikan diri kita 🐬hafal falsafah pendidikan malaysia& falsafah pendidikan islam 🐳yg penting,jawab!jgn diam!biar salah pn,asalkan ada isi. 🐳sediakan soalan tntg pendidikan kpd ahli panel bila mrk tnyo,"awk ada soalan??" (Bonus marks) 🐳"kamu akn diterima ambik kos ni jika kamu jd isteri sy,mcm mna?" =bisa aja..Tp dgn syarat.bg sy 3 buah banglo,2 buah kereta mewah ,10 ekar tanah.😎(Nk uji bagaimana Nk handle msalah) 🐳soalan biasa di tanya

Macam mimpi

Bila duduk bersama dengan big family, cakap-cakap,  gelak-gelak,  sambil mak sedara duk usha gambar lam lappy,  then tetiba mak sedara bersuara ( habaq ) kat cek,  " ngah ni photogenic,  pandai senyum depan camera,  saiz badan dengan tinggi pun ok,  boleh  jadi model,  jadi model cik nak, ? "  Aku masa tu nak tergelak pun ada . hHAhhaha. jadi model untuk iklan kut , tak pernah terfikir dek akal fikirkan. kehkehkeh. Cik tanya lagi,  " nak famous tak ?" Beliau cakap nak buat apa ntah, kiranya muka aku terpampang kat iklan. Aku pun sengeh je cam kera busuk  .haha. nak tergelak aih . Aku dahla low self-confidence. Dalam hati berbunga jugak la nak terpampang kat iklan,  hahahaha  .... tapi-tapi.....aku fikir balik,  Sokeyla  aku tak fames pun,  orang tak kenal aku pun,  asal aku senang hidup atas muka bumi Allah ni. hehe . Better aku duk rumah,  orang tak kenal . Selamat dunia akhirat .  hehe  .