Posts

Showing posts from April, 2020

Adik Bongsu Try Buat Kek Coklat

Assalamualaikum.. Macam mana pkp korang? Stress ke gembira duk berkurung kat rumah tu ?  Hihi. Cara nak gembirakan hati ni makan jelah keje kan ?  Yang perempuan lelaki sama jee. Masuk  dapur bukak tutup peti je kerjanya.  Alkisahnya malam tadi adik bongsu request nak makan kek coklat, malas den nak buatnya.. Dahla minta buat tu pukul 11 malam ! Memang malas la nak buat. So sya cakap kat dia, kalau nak buat sendiri kak ngoh tengok ngan ajar. Dia pun excited cakap "okey, adik nak buat. esok pagi boleh makan dah"  Pastu mulalah kerja kerja buat kek di dapur pukul 11 malam tu. Sya ajar dia step by step, dia buat sendiri. Apa lg rakam la dia duk buat tu. Haha. Aku nak tengok jadi ke tak jadi kek dia.    Korang rasa jadi ke tak jadi ? Hahahhahahaha.  Ooh lupa nak bagitau.. Adik sya ni lelaki tg2.  Haa. Korang tengok la kek dia ni jadi dak.  Kek Coklat Adikku https://youtu.be/eCb6IDV1WnY I'll support u dik. Hahaha. Nak makan buat sendiri lenkali 😜

Orang Baik Selalu Tersakiti ?

Assalamualaikum.. Harini saya kongsikan kata-kata sangat berharga oleh guru mulia Al-Habib Salim As-Syathiri. Sangat menyuntik semangat dalam ketika kita tertanya-tanya, makin kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah terasa makin banyak pula ujiannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kelompok orang baik seperti yang dimaksudkan itu. Amiin ya robbal 'alamiin.  Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI? "Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit." MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU? "Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tak menyisakan sedikitpun prasangka bahawa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya." MENGAPA ORANG BAIK SERING DINISTA? "Kerana orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulakan perkara." MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AI

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Image
Assalamualaikum. Hai geng.. Malam ni duk blogwalking entry terjumpa ' Segmen Bloglist Blogbabyshambles ". Cik Ain tengah buat segmen bloglist. Mohlerr ramai-ramai bersegmen. :) Semua peserta yang join akan duduk dalam bloglist CikAin selama sebulan taw..wah.. wah.. wah.. menarik kan..  So jom ramai-ramai meriahkan ♥♥♥♥ Segmen berlangsung hingga 15 April 2020, pukul 6 petang Jom join :)

Blogwalking

Assalamualaikumm.  Bila dah lama tak aktif di blog, sya membalas kunjungan sahabat-sahabat blogger... Fuhh. Semua geng blogger mantap-mantap lah.. Tengok theme blog korang sorang-sorang - wow amazing...   Rancak korang ye musim-musim covid ni duk aktif kat blog..  hihi.. Alhamdulillah. Banyak masa boleh luangkan kan ? Salah satu berblogger lah :) Take care and be safe #stayathome okey everyone.  Salam perkenalan buat sahabat-sahabat blogger. :)  Don e ziarah menziarahi di blog p etang-petang musim covid ni.

Bahulu Guna Bread Maker

Image
Bahulu Guna Bread Maker Hai. assalamualaikumm.. Tengah covid19 ni berkurung dalam rumah je kan? Nak beli makanan yang tekak duk mengidam pun tak dapat .. Tambah duk rumah memang nak makan je kerjanya.  So, korang boleh try resepi ni okey.. Resepi sangat simple dan mudah.. Boleh dapat dalam 11-12 biji. Gandakan bahan kalau nak banyak okey.. Bahan-bahan : - 3 biji telur - Setengah cawan gula *kalau nk manis tambah lg ok - 1 cawan tepung gandum Cara-cara : 1. Whisk telur sampai gebu then masukkan gula. Whisk sehingga larut elok.. 2. Sambil whisk, masukkan tepung sedikit demi sedikit. 3. Panaskan bread maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi.. 4. Siap ! Boleh buat juadah petang sambil duk berbual dengan family :) Goodluck ! Have a try !