Orang Baik Selalu Tersakiti ?

Assalamualaikum.. Harini saya kongsikan kata-kata sangat berharga oleh guru mulia Al-Habib Salim As-Syathiri. Sangat menyuntik semangat dalam ketika kita tertanya-tanya, makin kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah terasa makin banyak pula ujiannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kelompok orang baik seperti yang dimaksudkan itu. Amiin ya robbal 'alamiin. 

Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi

MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?

"Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit."

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?

"Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tak menyisakan sedikitpun prasangka bahawa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya."

MENGAPA ORANG BAIK SERING DINISTA?

"Kerana orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulakan perkara."

MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?

"Kerana orang baik tak ingin membahagikan kesedihannya. Ia terbiasa merawat sendiri lukanya, dan percaya bahawa suatu masa Allah SWT akan mengganti kesabarannya."

MENGAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA?

"Kerana orang baik selalu memandang bahawa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah memimpin mereka, bagaimana ia akan berhujah kepada kehendak-Nya? Itu sebabnya orang baik tak mempunyai peti dendam dalam qalbunya.

Jika kau buka laci-laci di hatinya, akan kau dapati hanya cinta yang dimilikinya."

[Al-Alim Al-Allamah Al-Arifbillah Sulthonul Ulama Al-Habib Salim bin Abdullah As-Syathiri]

Kredit : Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi


Comments

  1. thank you for sharing..^^ kita buat baik, kita dapat pahala hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa