Posts

Showing posts from January, 2020

Kata mutiara

Kata mutiara Imam Ahmad Bin Hanbal 1) Jika kamu ingin Allah selalu memperlakukanmu seperti yang kamu suka, maka kamu harus lakukan apa yang Allah suka.  2) kemiskinan lebih mulia dari kekayaan kerana sabar mengahadapi kemiskinan itu susah
Kita ada Allah untuk bercerita tentang semua kisah kita.  Jika manusia bukan pendampingmu yang setia, yang dengar luahan rasa, ingat satu sahaja. Allah sentiasa ada bersama.  Dalam kelam dan bahagia, Allah ada untuk kamu bercerita padaNya. Setiap saat dan waktu, ketika dahi bersujud meminta menangis meluah apa yang dirasa, saat itu kamu terasa datangnya kekuatan yang tak dapat kamu duga. Allah yang beri rasa sedih dan tawa. Suka dan duka. Hanya untuk meningati Dia sepanjang masa.  Ujian hidup semua melalui proses yang berbeza tapi itu semua untuk menguji cinta hambaNya. Bersyukur, meminta, mengharap hanya pada Pencipta, kerana kelak kau akan temu tenang dan bahagia bila dekat denganNya.  Isnin ; 27 january 2020 ; Sya

DEWASA

Makin meningkat dewasa, makin sedar bahawa dunia ni penuh dengan UJIAN & CABARAN.   Makin meningkat dewasa, makin terasa BEBANAN yang ada.  Makin meningkat dewasa, makin takut untuk kehilangan orang yang tersayang.  Makin meningkat dewasa, makin kau memahami untuk berserah TAKDIR pada ilahi.