Kita ada Allah untuk bercerita tentang semua kisah kita. 

Jika manusia bukan pendampingmu yang setia, yang dengar luahan rasa, ingat satu sahaja. Allah sentiasa ada bersama. 

Dalam kelam dan bahagia, Allah ada untuk kamu bercerita padaNya. Setiap saat dan waktu, ketika dahi bersujud meminta menangis meluah apa yang dirasa, saat itu kamu terasa datangnya kekuatan yang tak dapat kamu duga.

Allah yang beri rasa sedih dan tawa. Suka dan duka. Hanya untuk meningati Dia sepanjang masa. 

Ujian hidup semua melalui proses yang berbeza tapi itu semua untuk menguji cinta hambaNya. Bersyukur, meminta, mengharap hanya pada Pencipta, kerana kelak kau akan temu tenang dan bahagia bila dekat denganNya. 


Isnin ; 27 january 2020 ; Sya

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa