Posts

Showing posts from October, 2019

Kata-kata untukmu

Aku memang menyukaimu Aku memang menyayangimu Aku memang menginginkanmu Pun aku memang ingin menjadi takdirmu Akan tetapi.... Penentu takdir manusia bukanlah aku. Oleh itu, aku harus belajar menerima apa pun yang akan menjadi risiko dari perasaan ini.  Yang mendoakanmu bukan hanya aku.  Yang paling layak untukmu juga bukan aku. Umumnya aku tidak layak untukmu.  Aku hanya mampu memperjuangkan namamu di setiap bait doaku. Kerana perihal perasaan, aku hanya mampu menyimpan dan meluahkan pada Rabbku. 

ujian itu menguatkan

Banyak cerita yang kita pendamkan takkan kita mampu luahkan.  Melalui air mata di setiap sujud dan bait doa mampu mengurangkan apa yang dirasa.  Ingat ini ;  Allah memahami isi hatimu, Allah tahu apa yang kamu mampu. Seberat mana ujian dan bebananmu, maka sujudlah. Ia akan mengurangkan bebanan hatimu.  Allah sayang pada hambanya. Allah uji ikut kemampuan hambanya. Ingat ini satu sahabat sahabat. "Allah uji kerana tahu kamu mampu". 

Hello ! Welcome back

Alhamdulillah. Assalamualaikum.  Lama sangat tak menaip. Rindu nak menaip kat blog ni tapi keadaan selalu tak mengizinkan sebab terlalu busy.  Korang sihat ?  Syaa doakakan kita semua sentiasa sihat dan beramal soleh.  Alhamdulillah. 4 bulan dah berlalu habis degree.  Sekarang tengah sambung Master Art- Arabic Language di UMK.  Kenapa pilih UMK tak UPSI tempat degree dulu ?  FIrst and foremost, adalah dua dua tawarkan pengajian MOD A - fully research. So better ambik yang dekat dengan rumah. Lagipun boleh jaga family. Boleh berbakti pada mak ayah adik beradik bila dekat dengan mereka.  Kalau jauh nun disana, nak balik pun dh pricey, tambah kelas jarang-jarang je. So better inilah jalan terbaik. Untuk kebaikan diri dan orang sekeliling.  Doakan sya tau ❤️  Moga habis master GOT.. LOVE YOU ALL.