Posts

Showing posts from August, 2019

Rizq..

Hai.. Hello... Hello... Helloo... Assalamualaikum. Pejam celik-pejam celik rupanya dah 2 bulan habis belajar. Cepatnya masa berlalu ya Allah. Sekarang masa untuk fikir for future.. sambung belajar, bekerja untuk mencari bekalan ilmu dan wang untuk masa depan yang baik..  Alhamdulillah, walau duk kat rumah, banyak benda boleh belajar. Belajar jadi "anak solehah" "menantu yang baik" "bakal isteri yang serba boleh" :P hahaha.  Duk kat rumah ni memang penting "bangun awal" !  Kalau kat UPSI dulu boleh la landing-landing lagi pukul 8,9 pg kalau takde kelas. Tapi kat rumah memang pantangg tidur kalau umi abah hadoo. haha. Soo memang kena bangun pagi buat kerja rumah.  Saje nak share, kadang rezeki bangun pagi ni banyak aku nampak dan alami, Serius tak tipu.  Haritu umi abah ajak g solat subuh kat masjid, so pergilah. Bila balik abah buka beg duit bg kat aku Rm 200. Terpana sekejap. For what kan. Abah kata ambik la hadiah, 

Syukur

Kadang kann. Bila kita tak ada duit.. Duit sengkek hujung2 bulan, memang berkira nak beli itu ini. Walaupun umi abah selalu tanya cukup duit tak . Jawapan aku sama ; cukup dann ada lagi.. Sebab aku tahu kadang mereka pun sengkek duit hujung bulan, duit laju macam air keluar untuk keperluan kehidupan. Aku kira aku masih beruntung dapat mak ayah yang tak pernah berkira dengan anak anak. Anak nak apa belikan dan turutkan. Kalau tengok member-member, mereka usaha cari duit sendiri. Kadang ayah mereka tak bagi pun duit keperluan. Kadang kita nampak kita yang susah. Tapi orang lain lebih susah pada kita.  Apa pun, Syukur. Yang penting sekali, jangan tengok lebih orang lain. Tengok apa lebihnya yang kita ada..  -Bulan 5 2019-
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Result Semester 8 dah keluar. Syukur Ya Allah. Selama ni seram sejuk tunggu result sebab rasa macam tak boleh nak jawab mana haritu time exam. Alhamdullillah. Allah leraikan resah di hati dengan kejayaan yang tak dijangka. Ini Hadiah untuk umi abah. Yang Banyak Berjasa tenaga dan wangrinngit untuk ngoh. Syukur. Syukur. Result final pngs 3.89 n pngk 3.57. Bila tengok result akhir kurang membanggakan aku, sebab aku tak dapat banggakan abah umi dengan award first class. Maaf abah umi. Sunnguh rasa menyesal awal-awal semester dulu tak bersungguh. Nak pusing masa betulkan balik result memang dah tak dapat. Setakat ini usaha yang tidak setanding dengan pengorbanan umi abah. Maaf umi abah. Cuma doakan ngoh berjaya dan terus berjaya dalam bidang yang akan datang. Result tidak menjamin kerjaya. Doa umi abah yang tiada hijab mendoakan kejayaan ngoh pada masa akan datang akan tembus ke langit terus kepada Allah Azza Wajalla.