Posts

Showing posts from March, 2014
Image
Wahai umi  abah ,  aku bangga menjadi anakmu , terima kasih kerana telah mendidikku , kau tak pernah jemu , melayan pelbagai kerenah anakmu . Dulu semasa aku masih bayi , aku sering menangis  diminta menyusui , kau sanggup bersengkang mata untuk menjaga anakmu ini , aku bersyukur kerana diberi ibu bapa yang menyayangi . Ketika aku menginjak usia , kau tersenyum riang melihat aku bahagia , Bermain dengan penuh suka , kau juga riang ketawa . ketika aku sakit , kau mengubatiku tanpa perit , kau buat apa sahaja supaya aku terus sihat , kau mengahadapinya dengan tabah dan kuat . Seiring dengan masa , aku melangkah kearah remaja , kau curahkan sepenuh kasih cinta , supaya aku menjadi insan yang berguna . Tapi semasa aku remaja , aku ada mengguriskan perasaanmu tanpa aku duga , mungkin ketika itu jiwaku penuh dengan dunia , sehingga aku terlupa yang kau menanggung duka . Tidak pernah berniat dihati , supaya hatimu disakiti , tapi apakan daya aku juga insani , maafkan anakmu ini . K