Posts

Showing posts from January, 2015

KERANA AKU SAYANG

Kalau suka seseorang .... Cuba jauhkan diri dari dia , Time tu baru awak boleh beza antara suka atau nafsu semata-mata . Kalau kerana nafsu , awak tak boleh jauh dari dia . Ada je raasa tak kena . Takut dia curang atau tinggalkan kita . Kalau dia suka awak kerana Allah , dia akan bersabar tunggu awak . Dia yakin dengan sang pencipta  . Kalau rasa tak boleh jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang \antara  satu sama lain , mention dia dalam doa kita , Sebab awak tahu kan , hati dia Allah yang pegang?.  Jadi jangan lupa doakan dia sentiasa . Awak percaya kan Allah pengatur segala-galanya ?  Yakin dengan ketentuannya ,Kalau ada jodoh , takkan kemana .  Awak duduk di Timur ke , dia duduk di Barat ke , Allah akan satukan bila dah sampai masanya . Cuma tunggu  sahaja . . Jika tiada jodoh didunia , ingatlah dia sedang tunggu di sana . Jika rindu , salurkan melalui doa , agar dia turut merasainya . Ingatlah, lelaki itu sedang bekerja keras untuk menghalalkanmu ,
hakikatnya ... I nsan datang dan pergi dalam hidup kita , Ada yang seketika , ada yang kekal setia . Yang pasti , Mereka meninggalkan pelbagai kenangan manis dalam hidup kita , Apabila dah mula sayang , Apabila dah kekal bahagia , Mereka pergi jauh dari kita , Mulalah rasa kecewa . Allah temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya , Untuk memberi pengajaran kepada kita , Supaya akhirnya kita tersenyum bahagia , Bersama insan yang tercinta . Ujian pada mulanya , Kecewa pada mulanya , Tapi tersenyum pengakhirannya, Inilah dunia untuk mengajar manusia. So, keep smiling always . Moga  bahagia sentiasa :D