Posts

Showing posts from January, 2019

Need a break

Alhamdulillah. Settle deactive ig / fb. Need a break for a while. Tak boleh brain apa orang buat kat kita. Memang tempat untuk dibuat mainan barangkali ? Siapa pun anda, saya maafkan tapi saya takkan pernah melupakan. Terima Kasih.

Hanya Allah Tahu

Kalau boleh nak share masalah dengan umi. Nak umi tahu. Nak umi dengar hati ni. Tapi kalau cerita apa pulak pandangan umi. Tapi.. Tapi... I need someone to talk with about this issue. And to reduce my sadness too.. Kalau boleh nak nangiss semahunya nk hilangkan rasa ni. Naak dipeluk dan diberi motivasi. Nak cerita dekat kawan. Kawan2 pun boleh jadi lawan kekadang. Takut beri kepercayaan pada orang. Kawan rapat yg  trust sekarang pun duk di pondok. Susah nak share, nak minta pandangan. Sedih sumpah sedih. Cuma tahan hati.. Allah ada dengan aku. "Drama" air mata. Mungkin bagi orang lain drama simpati empati.. Tapi.. Hanya Allah yang tahu rasa ini.. Bukan "drama mainan" yg sengaja. Tapi tangisan ini adalah tangisan "kejujuran dan keikhlasan" Ya Allah, tiada daya dan upaya. Melainkan aku berharap padamu. Aku berserah padaMu. Ambil dan pegang hatiku supaya sentiasa  taat akan perintahMu.. Nak pergi Mekkah sangat2. 😭 Nak hadap kaabah, nak nangis min

TRIP TO VIETNAM WITH LEGASI UNGGUL

Hello geng! Assalamualaikum. Moga semuanya sihat hendaknya. Doakan sya juga ya.. Sebenarnya lama dah nak buat post pasal pi travel dekat Ho Chi Minh, Vietnam. Tapi tu lah, kadang niat sahaja, tak dan nak menghadap laptop. Hari ni ada ruang sikit, nak buat lah post serba sedikit dekat sana, untuk diingati dan dikenang masa akan datang. 👪 Moga nanti Nur Syahirah Mat Zain diberikan peluang untuk jejakkan kaki ke Mekkah pulak. Secepat mungkin. Aminn, Tq atas doanya. Sayang Kome ❤ Okey, back to the main. TRIP TO HO CHI MINH CITY. Sebenarnya dah lama rancang program ni, semenjak jadi Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar lagi. Tapi, atas sebab munasabab yang tertentu, tangguh dan tangguh. Dari nak pi Korea la Turkey la. Last-last ke Vietnam perginya. Alhamdulillah. Dapat jugak merasa pergi negara orang kan, walau tak jauh mana. Hee. Lagi satu, sebenarnya tak rasa nak pergi sangat pun kat sana, sebab takde geng yang rapat. Tapi gagahkan diri jua pergi sebab nakkan PENGALAMAN dan IANYA FREE

Happy Birthday Dearself !

12.1.2019 Alhamdulillah. Officially 23 years old. Tq those who give warm wishes to me. Appreciate it a lot. Love you guys so much. May Allah bless your kindness with  goodness things. Aminn. InshaAllah. Tq to mi and abah, because take care of me until i'm turn out 23 years old ! No words how i'm blessing to have both of you.. Tq to kakak because she the first person who remembered my birthday and asked to celebrete it. And tq to my brotha n sista because without u'all i'm lonely. Dah 23 tahun ni, tak nak banyak, umur makin meningkat, nak amalan bertambah, nak orang yang kita sayangg sentiasa ada bersama ,nak hubungan matang. Enjoy dearself !  tq semua yang sayang diri ini.

"BERSYUKUR, REDHA DAN SABAR"

Assalamualaikum.. Harini ada nak share satu benda.  Entry kali ni tajuk ni : "BESRYUKUR, REDHA DAN SABAR" Okey dah rasanya tajuk tu. Hehe. Jom baca. Kisah 1 ; Tadi duk scrol2 instagram, tetiba terjumpa kat feed satu post pasal sorang budak viral ni, post dia sumpah sangat menyedihkan, nampak orangnya happy go lucky, tabah... Tapi sebenarnya banyak ujian dia hadap. Korang mesti tertanya - Ujian dia apa? Ujian dia seorang ayah tak nak mengaku mereka semua sebagai anak. Wallahi. Siapa tak sedih ? Kita lahir atas dunia ni, mak ayah yg besarkan. Tapi si dia, ayah tak nak mengaku anak dari kecik. Maybe ada sebab kita tak tahu wallahualam. Umur menginjak 22 barulah seorang "ayah" boleh terima anaknya balik. Sepanjang perjalanan kehidupan dia menjadi sekental itu sebabnya : dia syukur, dia redha, dan sabar atas ujian. Dan Alhamdulillah. Si dia dah dapat balik kebahagiaan. Seorang ayah dh mengaku anak. Dan dia pun dah nak kahwin. Berkat viral semuanya ditaja oleh o

Alhamdulillah. REZEKI !

Assalamualaikum ! Hye reader blog sya. Harini nak share tajuk "REZEKI" Pagi tadi sambil duk basuh pinggan kat dapur, tetiba ada orang lalu kut tingkap, ucap assalamualaikum. Lepas jawab salam semua. Umi keluar la pergi dekat orang tu. Rupanya orang dari Pejabat Kesihatan. Nak buat spotcheck luar rumah *sebab ada kes Denggi area sini. Rumah kami ni kan tengah renovate, jadi tak terurus la kawasan rumah, bila di spotcheck, terjumpa satu plastik kat belakang sekali, ada jejentik. Jadi dyorg ambik sample 5 ekor, nak bawak pergi makmal untuk check adakah tu nyamuk aedes atau tak. Dyorg cakap kat umi, kalau sample ni memang nyamuk aedes memang kena saman la RM 500 kutt. Fuhh. Dy amik no ic umi gpe pastu kata petang ni ada semburan area sini. Pastu bila tiba petang tu, abah g masjid lah solat asar. Dyorg*orang tadi* dh ada dalam van tunggu nak sembur. Tetiba! - INILAH REZEKI- Dia nampak abah masuk pagar rumah, pastu dia datang masuk pagar rumah jgk *kitorg kt beranda dh

Resepi : Kek Cheesekut

Assalamualaikum ! Haa. Nak share buat kek cheesekut lak. hehe. Boleh la ngap time boring-boring rasa nak mengunyah tu. Jom tengok resepi di bawah . Bahan-Bahan :  Biskut Apa2 Jenama pun boleh  Sedikit fresh milk 1/2 tin susu pekat manis 250gm cream cheese Cara-cara:  1- Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. *Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut dan colour dia jadi cerah skit. 2- Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi. 3- Tambah sket fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadik sket plak so lapisan kek pun tak dapat buat banyak. So ikut naluri masing-masing la ye. 4- Pastu ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah cel

Resepi : Kulat Sisir Telur Dadar

Image
Pernah makan tak ?  Resepi :  Kulat Sisir Telur Dadar                             *sumber : google Bahan-bahan :  Bawang holand ( potong dadu ) Cili besar ( potong )  Kulat sisir ( basuh elok2 ) / siram dgn selawat Garam secukup rasa Telur 3-4 biji.  Cara-Cara :  1) Pukul telur sampai berbuih 2) Masukkan garam, bawang holland yang dipotong dadu 3) Masukkan cili besar yang dah dipotong 4) Masukkan kulat sisir *ikut kesesuaian brp biji telur 5) Kacaukan kesemua dalam satu mangkuk. ' 6) Goreng macam biasa ! Simple menu jugak ni, hehe, Malas2 boleh masak ni, Sedap rasa kenyal2 gitu. Okey. Done !❤

Kulat Pusu Blackpapper

Image
Hye korang ! dah makan tengahari ke belum ? haa. Nak share harini resepi jarang orang buat tapi sangat-sangat simple : Kulat Pusu Blackpapper  Pernah dengar tak kulat pusu ? hihi. kite pun baru tahu je nama kulat ni. Sebelum ni reti makan je. Ni lah rupa Kulat Pusu tu. \ *sumber : google Okey. Jom tengok caranya ; Bahan-Bahan : *Kulat Pusu. ( potong macam gambar diatas / basuh/ siram dgn selawat. ) *Garam *Blackpapper *Air tiga cawan *Bawang merah 3/4 ulas ( ditumbuk kasar ) Cara-cara ;  1- Letakkan air 2- Letakkan bawang merah yang ditumbuk kasar 3- Letakkan blackpapper *mengikut kesesuaian 4- Letakkan kulat 5- Letakkan garam *ikut kesesuaian ( seimbangkan rasa ) Tadaaa.. siap ! Boleh ratah sekelip mata habis! Try lah. Sekali cuba pasti nak lagi. 😉 Sumber : contoh dari google

Cara buat Pes Sambal Tumis.

Image
Assalamualaikum.. Harini nak share : Cara buat Pes Sambal Tumis. Sangat Mudah : Bahan-bahan : Bawang besar 3 biji Bawang Merah 6 biji Bawang putih 8 ulas Cili kering 5 genggam (potong, rebus, basuh, kisar) Sedikit Asam jawa Garam, gula, perasa Cara-cara : 1. Blend kan semua bahan-bahan 1-4. 2. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau. 3. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa ( mengikut kesesuian) 4. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan. 5. Bila nak makan nanti boleh defrost untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak ikan kicap, bihun goreng, dan sebagainya. Ini contoh pes. Boleh buat stock untuk memasak. *sumber : google Sekian sahaja. Goodluck !

Terung & Telur Sambal

Image
Assalamualaikumm. Cuti-cuti ni memang tak tau nak  buat apa duk rumah.  Nak kerja al-maklumlah abah tak kasi.  So.. duk rumah jadi suri rumah sepenuh masa ja,,  Tapi alhamdulillah. Walau duk kat rumah, umi abah kasi duit jugak.  *Boleh la buat masuk tabung. Alang duk kat rumah, memang WAJIB la masuk dapur,  Jadi Chef walaupun tak mahir *bkn xpndai  Alhamdulillah, makin hari , makin pro masak-masak ni.  *slow2 kita belajar. One Fine Day kita akan Pro lah.  Just nak share simple menu yang baru buat semalam dan abah  umi puji sedap 😋 :P  1) Terung dan Telur Sambal.  Bahan-Bahan :  *Terung ( Potong Memanjang)  *Telur  *Pes Sambal  https://nursyahirahmatzain.blogspot.com/2019/01/cara-buat-pes-sambal-tumis.html *Minyak Masak Cara-cara :  Terung tu korang belah dua. Pastu kerat 4 memanjang.  Contoh macam ni    *sumber google  Bila dah potong,  goreng terung tu dengan minyak masak.  Angkat letak dalam pinggan. 

AZAM 2019

Assalamualaikum ! Korang dah ada azam baru ? Semangat baru ? Bagus. Alhamdulillah. Moga kita dapat capai azam yang tertangguh @ tak dicapai sebelum ni. Azam Sya banyak, tapi bersifat "persendirian". Yang boleh share hanyalah azam 2019 ni, nak update blog bg traffic naik. At least 2 / 3 post untuk SEMINGGU okey. Bukan Sebulan .  Sebab  sebelum ni post memang tak ISTIQAMAH.    Wish me luck ❤