TRIP TO VIETNAM WITH LEGASI UNGGUL

Hello geng!

Assalamualaikum. Moga semuanya sihat hendaknya. Doakan sya juga ya..

Sebenarnya lama dah nak buat post pasal pi travel dekat Ho Chi Minh, Vietnam. Tapi tu lah, kadang niat sahaja, tak dan nak menghadap laptop. Hari ni ada ruang sikit, nak buat lah post serba sedikit dekat sana, untuk diingati dan dikenang masa akan datang. 👪

Moga nanti Nur Syahirah Mat Zain diberikan peluang untuk jejakkan kaki ke Mekkah pulak. Secepat mungkin. Aminn, Tq atas doanya. Sayang Kome ❤

Okey, back to the main.

TRIP TO HO CHI MINH CITY.

Sebenarnya dah lama rancang program ni, semenjak jadi Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar lagi. Tapi, atas sebab munasabab yang tertentu, tangguh dan tangguh. Dari nak pi Korea la Turkey la. Last-last ke Vietnam perginya. Alhamdulillah. Dapat jugak merasa pergi negara orang kan, walau tak jauh mana. Hee. Lagi satu, sebenarnya tak rasa nak pergi sangat pun kat sana, sebab takde geng yang rapat. Tapi gagahkan diri jua pergi sebab nakkan PENGALAMAN dan IANYA FREEEEEE. Dan pandai-pandailah hidup walau takde geng 😛 Asal ada kawan okeylah.

Perjalanan ke sana dalam 1 jam lebih, tak sempat pun nak tidoq. haha. Kejap sangat, macam KL- Kota Bharu je. Dah sampai sana, first day, sampainya pagi di Airport Tan Son Nhat. Orang yang handle travel kitorang datang ambil dengan bas. Masa keluar je lobby airport, full manusia macam retis rasanya. Agensi travel kitorang "Bismillah". Alhamdulillah, orang muslim,

Semasa naik bas, nak pergi ke tempat penginapan, sya duk sorang satu seat. Tengok kiri kanan sepanjang perjalanan. Satu benda keluar dalam kepala "ooh macam ni ke Vietnam, alhamdulillah, Malaysia lagi okey" . Sebab apa Malaysia lebih okey ? Sebab infrastruktur Malaysia jauh lebih hebat dan okey. Tu lah first impressionku.

Bila dah sampai tempat penginapan, masa untuk dibahagikan bilik. Dalam list nama dah ada sekian-sekian kita bilik dengan sape, tapi ..... tetiba bilik tak cukup, jadi kena pecahkan dan bubarkan. Al-maklumlah, seperti yang sya cakap tadilah, sya takde "geng" kan, jadi duduk sebilik dengan sape pun tak kisah. Tapi ada benda yang sya  *terasa dekat sini dengan kawan. Cukuplah kita akui dan hadam "orang taknak kita jangan terhegeh". Deal dengan haati sendiri masa tu - sedih-rasa nak nangis-rasa nak hangin- nak balikk. haha. Pastu cakap kat diri "Ni yang kau pilih, nak pergi dan timba pengalaman" . So go ahead.

Lepas masuk bilik, perut dh berbunyi. Lapar sangat sangat dah. Sebab sebelum bertolak takde makan. Sampai je sini, takde makanan disediakan lagi jugak, sooo kena cari makanan sendiri.  Dengan hujan lebat, redah lah cari kedai halal. Duk pusing tak jumpa2 kedai. Last nampak makcik org Malaysia, kawan tanya dan dia tnjukkan jalan.

Alhamdulillah. Jumpa pun tempat makan.
So makanlah dengan hati senang. Lepas dah settle makan, nak pi bayaq, guna duit Malaysia, makcik kedai tu kira2 yang aku order RM 25 ringgit. Fuhh. Telan air liur sat. Padahal belinya Nasi goreng dengan air mineral ja. Tapi sebab "shock" kan, bayar je lah  Rm25 tu.

Tetiba member yang makan hidang dengan geng dyorg, RM 750 ++ tak silap. Haha. Gila ke apa ni. Makan sampai 700+. Lagi la terkejut. Pastu pi settle, makcik tu tak reti kira duit Mysia. Yang sebenarnya RM 70+ jaa.

Then, depa pi beli baju hujan RM2 tu, baju hujan plastik. Nak balikk hotel, takdee payung gapee. Pastu pi redah hujan beli plug pulak Rm5. Thenn balik hotel.

FIRST DAY memang takde aktiviti apa pun. So duk bilikk ja sepanjang hari.

Next Post ; Second Day -  Trip to Vietnam

Comments

  1. Bestnya dapat nercuti kat vietnam...
    Sharelah pic nanti. mesti cantik tempat sna kan.
    Amin moga tercapai niat kamu p mekkah.

    Saya follower yang ke #50

    -http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/11-manusia-ada-dua-jenis-bercakap-atau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sya share... Hee. Tq carly fifiee follow sya. Amin atas doanya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa