Vaccination Day!

Good morning dunia..


Alhamdulillah. 17 mei 2021. Sudah selesai vaksin dos 1... 


16hb dapat panggilan dari KKM tetiba je. Pelik juga sebab tak daftar pun vaksin di mysejahtera tu. Rupanya pihak sekolah daftarkan guru-guru untuk diambil vaksin. 

Dr tanya awak sihat ke? ada sebarang penyakit? bersetuju untuk ambil vaskin? 

Dengan terpaksa dalam rela memang kena bersetuju lah untuk divaksin sbb nak tak nak kena ambil juga. hahaha. Bila buat confirmation dengan dr. 

Terus dr cakap, "baik, esok sila datang ke jpn tunjung tepat pukul 12 tghri" 

Keeesokkan harinya pergi le sorang-sorang ke sana, bedebor juga, cuma tawakkal jelah. Cepat je dapat turn sebab masa tu tak ramai pun. 

Lps dah tandatangan perjanjian semua tu, gi ke kaunter, akak tu tanya macam-macam. betul ke takde sakit,sekian-sekian-sekiannn, pastu beliau cakap lagi, biasanya akan ada efek sampingan lepas ambil vaksin... Lepas dh selesai bg talk tu, akak tu suruh baca balik depan dia perjanjian, dan dia sbg saksi.. 

then tandatangan semua... 

Tunggu untuk divaksinkan. Alhamdulillah dapat pfizer. 


Settlle divaksin, mereka suh tunggu di ruangan yang ada untuk pemantauan selama 20 min lebih kurang. 

Dahtu boleh balikkkkkk................. 

Effect yang ada lepas vaksin?? 
-mengantukkkkkkk. drive tu rasa nak tidoq ja. hahaha
 masa ni tak rasa sakit apa-apa pun.. 

Bila sampai rumah je, tertidoq sampai 3 ptg, (solat pun terlambattttt) serius tak sedaq langsung. hmm
 
Umi suh makan ubat panadol sbg langkah berjaga-jaga takut demam kekgi, tapi ketegaq tak mau makan ubat panadol tu. g makan taapai sbb tengok tapai lg sedaaapp.. hehehe

Malam tu baru rasa sakit tangan belah kena cucuk tu.. nak garu alik blkg tak leh, nak angkat tangan berat.. ye dah budak pun demam kalu kena cucuk. sama ja kita pun mesti ada effect sikit sebanyak.. 

Dalam 3 hari gitu alhamdulillah. dah macam biasa... selesai tanggungjawab dos 1. 

tunggu dos 2 pula; 7/6/2021 ni.. inshaAllah baik-baik sahaja hendaknya.

Moga dengan dapat vaksin ni kita dapat jaga orang sekeliling kita. #Allahpeliharakita #Kitajagakita
Jom laksanakan tanggungjawab. 



Comments

  1. Alhamdullilah Shahirah sudah dapat vaksin covid-19.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa