Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pon terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka,perasaan dan fikiran lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya,apa yang tiada di dalam syurga?...
Namun Adam tetap rindukan hawa.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka akan semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan,kerana nantinya mereka akan semakin derita...
Kenallah mereka kepada Allah,zat yang kekal.
Disitulah punca kekuatan dunia!.Akal setipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca kuatkanlah ia dengan iman.Perasaan selembut sutera hiasilah ia dengan akhlak.suburkan ia.kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb...
Paastikan sebelum memimpin wanita menuju illahi,pimpinlah diri kepadanya.
Jinakkanlah diri kepada Allah,nescaya akan jinaklah segala galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ ZAHRA andai dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARRAMALLAHUWAJHAH...

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa