RESULT LATIHAN MENGAJAR | 4FLAT

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur ya Allah.

Harini keluar result exam untuk Sem 7.
Iaitu Result Latihan Mengajar.

Masa bukak wasap tengok orang duk post " boleh tengok result masing2 "

Hati memang berdebarr teramat sampai taknak bukak lg.

Teringat masa LM haritu, aku nangis kaw kaw kena dengan pensyarah yang Rentas aku. Memang masa tu call umi terus. Nangis gilaa2. Sbb aku dh buat all out masa kena observe. Tapi diberi komen pedas2. Memangg la nangissss depan pensyarah terus. Aku tak expect aku akan dapat A masa tu dengan komen2 camtu.

Umi tenangkan aku. suruh doa banyak2, solat hajat, baca2 qur . Tenangkan diri. Aku jumpa akak2 sma maiwp sekeliling aku pun aku nangiss kalau tnya pasal observe. Sampai kena peluk. Bukan tak boleh terima komen tu.

Tapi sebab aku belajar selama ni itu salah ini salah, itu yg aku tak boleh brain.

Bila ust yg observe aku tnya ; awak ada nak cakap apa2 kat ust ?
( masa ni tgh tahan nk nangis)

Aku pun terus bagitahu," sy nak cakap kat ustz, sy terkilan sebab pensyarah2 sendiri berbeza pendapat, sy buat apa yg sy belajar n bla2" ( part ni nangis tak tahan dh )

Sebak + kecewa + sedih. Sebab xde komen positif masa tu.

Waktu tengahari nk solat zohor tu, masa tu proses tenangkan diri, tapi bila abah call, nangis lagi tanpa suara. Masa tu tak boleh nak cakap langsung ngan abah, sebak sebab aku nk bg yg terbaik buat abah. Aku nak bagi A kat abah masa LM. Keluar ayat abah, " ngoh wat molek doh, seroh ko Tuhan pulok, ust nk gertak jah tu".

Mata merah bengkak dh masa tu. Seharian nangis kenangkan nasib.

Last serah kat Allah. Dah tawakkal. 

OBSERVE & RENTAS TERAKHIR DAN TAMAT LATIHAN MENGAJAR
------------------------------------------------

Back to atas tadi,aku tak excited tnggu result langsung. Tapi abah selalu tanya, "tak tubik lg ko result". Dia nak tahu aku dapat gane result.

Bila org duk kalut check, aku biarkan dulu.
Last. Check juga, tengok dapat A.

Syukur. Syukur. Syukur.

Bagitahu umi, excited muka umi. Katanya
" Alhamdulillah, berbaloi ngan awak nangis aritu" ( sebab masa aku call umi nangis tu, umi smpai berderau darah dengar aku nangis.  )

Bagitahu abah, " tahniah ngoh, hah amik duit ni gi beli2 bare "

Comments

  1. alhamdulillah tahniah. selalunya lecturer yang mai observe kat sek ke memang
    suka saiko kita. akak pun dulu gitu.. kaw2 kena basuh. padahal kelas mengajar ok je. tengok2 A jugak lepas dia basuh pun =P

    ReplyDelete
  2. Salam akak, nak tanya, masa pensyarah rentas nk observe, dia bagitau akak ye bila nak datang?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa