JADILAH SEPERTI AIR HUJAN

Ya, pilihlah untuk berbuat baik, walau pada mereka yang tidak mampu membalasnya. Buatlah kebaikan walau pada mereka yang kita rasa tidak layak pun menerimanya. Lakukanlah kebaikan bukan untuk mendapatkan kebaikan.
.
Tapi kerana kita ini hamba,
kerana hidup kita ini bertuhan.
Jadi lakukanlah kerana Dia.
.
Jika kita handal melukis, lukiskan perkara yang mampu membawa manusia berfikir tentang Ilahi.
.
Jika kita petah bicara,
bicaralah tentang dakwah dan nasihat.
.
Jika kita  mahir menulis,
nukilkanlah kisah, cerita atau lirik
yang mampu menjadi penawar buat jiwa yang sedang sakit.
.
Biar apa pun kita perbuat, biarlah manfaat dan ia boleh dikongsi bersama.
.
Jadilah anak benih,
yang walau dicampak di mana pun, tetap menjadi sesuatu.
Di darat menjadi pokok. Di laut menjadi pulau.
.

Image result for gambar kartun berbuat baik

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa