REFLEKSI HARI KE 3 MENGAJAR

Hari ketiga mengajar, alhamdulillah. Pelajar-pelajar mula menunjukkan minat terhadap apa yang dipelajari dan murid-murid makin aktif dalam kelas. Aku sebagai guru yang kali ketiga baru masuk kelas tersebut gembiraa dengan perubahan positif pelajar-pelajar. Aku juga sudah hilang rasa nervous dan yakin untuk mengajar.

Masa begitu singkat, ini adalah hari terakhir aku harus mengajar mereka. Aku perlukan berikan yang terbaik. Segala persiapan telah disediakan dengan secukupnya. Kini mental, fizikal aku bersedia untuk menjalankan amanah aku untuk mengajar mereka buat kali terakhir.

Sepanjang pdpc berlangsung, mereka semua berminat dengan pendekatan yang aku bawa. Belajar secara interaktif menggunakan "pak21" seperti penggunaaan teknologi plickers. Mereka kata ini pertama kali mereka bermain menggunakan teknologi dan mereka suka dengan kaedah tersebut.

Aku berasa bangga apabila melihat mereka berjaya menjawab dengan baik dan setiap soalan yang diberikan dalam plickers semuanya mendapat full markah.

Sungguh, ini kenangan yang akan aku rindu sampai bila-bila. Menjadi guru buat kali pertama dengan mengajar dan mencurahkan ilmu pada mereka. 

"Kekurangan" aku pada kali ini di makroteaching akan aku perbaiki pada masa akan datang.

Moga kita dapat berjumpa lagi di lain hari wahai anak murid tercinta. Ustazah doakan kamu semua berjaya mencapai cita-cita masing. Bila ustazah tanya korang di waktu luar kelas apa cita2 kamu semua. Ada yang jawab hendak jadi - doktor -guru bahasa inggeris -nurse -pegawai dan pelbagai.

Tidak mengapa sayang, cita2 itu tanamkan dalam dadamu, gapai cita2mu dengan kesungguhan belajar dan menuntut ilmu. InshaAllah kamu semua akan berjaya dunia akhirat.

Akhir kalam, aku akan rindu dengan semua yang baik-baik menolong, menasihati, dan memberi tunjuk ajar kepadaku. Ramai cikgu2 sma amalin aisyah melahirkan rasa "sedih" kerana kami pergi ke sana hanya seminggu.

Ada salah seorang cikgu , lupa namanya - katanya : lainkali datang sini balik, boleh kita buat program bahasa arab untuk murid2. Idea kamu guru baharu sangat diperlukan.

Last, ustazah tu sendiri ajak selfie dan minta nombor untuk senang dihubgi pada masa akan datang.

Usai semuanya, kami minta undur dengan pengetua dan memberi sedikit cenderahaati. Lalu kami juga diberi "cenderamata penghargaan" kerana seminggu berada di sana.

Alhamdulillah. Kenangan hari ini akan aku sematkan dalam memori dan tulisan.

Moga berjumpa di lain hari ❤

In memories.
Pengetua Sekolah SMA Amalin Aisyah Putri ;
Guru Pembimbing :
Pelajar pelajar 2 Aisyah : 1. Alya Zalikha
2. Qistina
3. Awatif
4. Ainnur
5. Syasha
6. Mimi
7. Ain
8. Amni
9. Mia
10. Hanim
11. Farhah
12. Yaya
13. Wadah
14. Ayu
15. Antasha
16. Miza
17. Syafeena

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa