Baca berita yang menyedihkan pasal budak tahfiz excident tu, Allahu berderai ayaq mata. Sebak. Terharu,

Hari mulia, bulan mulia, tujuan mulia. Memang syahidlah mereka. Hari jumaat, bulan ramadhan, ingin ke majlis ilmu, Allahu.... indah sungguh pemergianmu dikk,

Cemburu dengan pemergian mereka, dalam husnulkhatimah.  Moga pengakhiran kita semuaa juga begitu.  

Ajal maut tak kira masa. Allah boleh ambil sekejap sahaja makhlukNya, tidak lewat sesaat mahupun tidak awal sesaat. Allah sebut "kun fayakun" jadilah, maka jadilah ia.

Bersediakah kita ?

Masih banyak hutang kita dengan Allah di dunia. Hidup di dunia tempat kita menanam pahala dan menjadi khalifah yang patuh dan taat padaNya. Tetapi kita manusia sering alpa, tertipu dengan kenikmatan dunia. Kerana itu, bertaubatlah dan berdoalah spaya pengakhiran husnul khatimah.

Allahu. Izinkan kami menghadapmu dalam kau redhai. Aminn.

Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.

-irasyahira-

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa