Senyum kita masih ada tawa, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan seakan tiada apa-apa berlaku.
Hati menangis tiada sapa tahu, hati meronta dan pedih pendamkan dahulu.
Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.
Saat itu, kau tak mampu menahan apa yang dirasai, hanya luahan air mata bertakung di kelopak mata dan saat itu kau tahu bahawa kau mula jauh dari ilahi.
Air mata jatuh ke bumi seperti tidak mahu berhenti, mengenangkan dosa semakin menjadi-jadi.
Saat itu, kau berzikir tanpa henti.
Rangkaian kalimat suci membasahi bibir .  Air mata laju membersihkan hati.
Allahu. Allah masih sayang hambanya dan bila-bila masa sahaja Allah akan menjentik hati hambaNYA.
Doa selalu supaya kuatkan diri.
-irasyahira-

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa