DIAM LEBIH BAIK

Diam bukan bererti tidak pandai berbicara,
Tetapi diam melihat segala yang ada di depan mata,
Melihat telatah dan tindak tanduk semua manusia,
Yang kencang berbicara dan juga gelak ketawa.

Aku bukan seperti kau sangka,
Diam dan tidak bercakap dengan sesiapa,
Aku cuma diam bila tidak tahu apa yang mahu dibicara,
Aku senyap dari berbual perkara yang sia-sia.

Ya, dilabel sombong perkara biasa,
Oleh lelaki-lelaki yang aku tidak biasa,
Digelar olehnya aku pelihara saka,
Tapi tidak mengapa,
Aku hadam apa yang dikata,
Kerana kau tak kenal aku siapa.

Maaf andai aku tidak ringan mulut  berbicara,
Untuk benda yang tidak sepatutnya ditanya,
Kerana aku rela diam dari bercakap perkara yang sia-sia.
Dengan lelaki yang aku tidak kenal dari mana.

Jika kau tak kenal orang itu bagaimana,
Jangan pernah menghakimi seseorang itu berdasarkan luaran sahaja.

Dear Friends. Thanks sahabat, teman dan juga kawan kerana selesa berkawan bersama. BERSAHABAT DAN BERUKHUWAH KERANA ALLAH.

Uhibbukum jiddan jiddan.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa