Sah ! Bila Dua Hati Bersatu .

Assalamualaikum . Lama dah kami tak update kan. Rindu gila nak update tapi tak nyempat. Hari ni kami nak luang gak masa untuk update.

Ni gambaq kami bertiga time STAM dulu, selalu dok sekali, satu deskmate, g buat kerja kursus sekali apa semua, pendek kata masa stam dulu kami bertiga selalu dok sekali pi mai pi mai. 
Dulu kami pernah nangis sebab member baik kami dah masuk u apa semua, so depa la yang selalu bagi kata semangat n motivate kami. Terima kasih sahabat atas dorongan dan sokongan. Allahu, rindu  plak  masa STAM dulu, belajar sekali, hafaz sekali dekat masjid, Semua kini dah tinggal kenangan. STAM 2014 in memories,

Wani, irah, zila.


Hari ni dah 1 August 2016, Dah dua tahun  masa berlalu, kami pon dah nak masuk tahun kedua di UPSI. Pejam celik, pejam celik sahabat kami duorang ni dah bertukar status , dari status single kini  telah dimiliki oleh sang suami. Allahu, cepat sangat-sangat masa berlalu, yang Azila sorang dah ada anak, yang sorang lagi Wani baru je mendirikan rumah tangga 30 Julai 2016, Alhamdulillah, kini beliau sah bergelar isteri. Teringat plak lepas habis STAM dulu, Wani mintak suggestion nak pi mintak kerja kat mana, masa tu kami baru balik dari butik , so kami suh try pi mintak kat sana, n last2 wani call habaq dapat kerja kat sana. Nak dijadikan cerita jodoh beliau kat sana, kini pekerja dan bos sah bergelar suami dan isteri. Dulu wani ad cerita sal laki ( suami Wani), tapi kami tak expect sampai nikah awal. N  masa Wani msg jemput kami kerumah beliau, kami memang ingat tunang je dulu, tapi tekaan kami salah , beliau  kata yang dia nak kahwin, kami pon macam nak percaya tak nak percaya sebab kami rasa umi beliau tak kasi lagi nak nikah, Tapi tulah realiti, dah jodoh sampai seru . hee, Syukur ke hadarat ilahi, kini dah sah bergelar isteri orang, Alhamdulillah, sah dengan satu kali lafaz. 

Wani, Zila, khas untukmu wahai sahabat:

Jadilah isteri solehah kepada sang suami,
inshaAllah kelak tempatmu di syurgawi, 
Didiklah anak-anakmu dengan perintah ilahi,
InshaAllah keluarga yang dibina dapat berkat ilahi,
  Maka terbinalah sebuah keluarga Baiti Jannati.


Sahabat, aku disni diam bukan bererti aku membisu tanpa dengar khabar berita,
tak mampu untuk bertanya khabar setiap masa, 
kerana aku tahu, masing-masing sibuk dengan amanah yang tersedia,
dan juga  tanggungjawab berbeza,
jadi aku hanya  sentiasa salur rindu melalui doa pada setiap masa.
salam rindu salam sayang . LOve uolls forever.  

Untuk next turn, kami tunggu kad member2 kami yang lain dulu, p/s: Doakan kami juga cepat bina mahligai bahagia, muahaha. :P

Untuk renungan :

Hadis ada menyebut :

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu, yang berkemampuan untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri. ( HR Bukhari dan Muslim )


Rasulullah pernah bersabda, : "Seseorang wanita itu dinikahi dengan empat perkara, kerana harta, kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agama, Maka pilihlah yang terbaik agamanya, nescaya engkau akan beruntung" ( HR Bukhari dan Muslim )




Wani shomell n baik hati, love u so much ! selamat pengantin baru . :)
Tunggu kad jemputan dari depa plak. Next turn...... tutttt..... haha.  beso panjang dah semua. love uolls forever. 

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa