AraB MikRo :D

Permulaan  cerita di Arab Mikro - Tempat asing bagi aku -


Sebelum menjejak kaki ke sana ,aku memang tak nak langsung pergi tempat ni , belajar Bahasa Arab ! Bukan sebab apa , baru lepas habis exam STAM, tetiba abah suruh masuk kelas , huh .Memang jiwa memberontak lahh . Masa tu aku nak freedom lagi , ye lah kan , baru habis exam , tetiba suruh masuk kelas , lagi lah jiwa meronta tak nak pergi . Dahla takde geng , so aku memang tak setuju betul , tambah -tambah stay kat sana sebulan , huh .Lagi aku rasa tak mau pergi . Sebulan lama tu bagi aku , dahlah tak pernah renggang dengan family , tetiba sebulan kena duk sana . haihh ,.

Pada satu hari tu , aku terpikir , ada baik juga aku turut kata abah , maybe kat sekolah aku dah belajar banyak Bahasa Arab , tapi belum tentu yang banyak tu dah melekat di dada . Umi pun bagi kata semangat , kata gi je kat sana , belajar niat kerana Allah , inshaAllah ada lah tu kelebihan kat sana .

So , apabila waktu tu tiba , aku melangkah turun dari rumah ,niat aku still salah masa tu ,,aku pergi sebab abah suruh . Harapan abah suh aku pergi sana , so aku perlu pergi .


Apabila dah sampai kat Arab Mikro .Lahh , ni je Arab Mikro, . Sebuah bangunan di tepi jalan berhadapan dengan UM . So , aku masuk lah bersama umi kat dalam tu . Aku daftar pagi , orang len daftar malam . Saja aku pergi pagi , supaya aku yang last datang mendaftar ,Haha ,

Pagi pukul 8 lebih tu , semua diminta masuk dalam dewan , so aku pun pergi lah dengan Syafiqah . *Syafiqah ni kenal dekat whatsapp only , takpernah jumpa pun .
Pastu dalam dewan tu borak-borak dengan syafiqah , aku tanya lah
" eh , kita dua je ke pelajar Stam ?  "
Syafiqah : " ada lagi rasanya , tunggulah kita tengok nanti "

Pastu perbualan terhenti seketika bila YB Ustaz Rosdi masuk dalam dewan ~


Masa tu tazkirah ringkas diberi oleh beliau . Katanya
" awak semua perlu tajdid niat datang sini , Sini dah lah yuran mahal, jadi awak semua perlu ambil peluang dengan sebaiknya . Datang sini, *bukan sebab  Mak Ayah suruh, tapi awak yang nak belajar"

lebih kurang gitu lah ayat Ust Ros , Jadi sentap kejap , *Datang bukan kerana mak ayah suruh*
ahaha ,  so aku pun perbetulkanlah niat balikk .. Niat datang kerana nak mencari *jodoh :P .ahaha .
 Gurau-gurau , seja je , aku gi sana nak tuntut  (ILMU) .

Dah seharian duk sana , baru boleh kenal-kenal dengan geng bilik...

Bersambungg~~~~~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa