Homestay ...

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak update blog, harini terdetik untuk bercerita memori yang aku pendam. Banyak memori yang tak terluah. Ini salah satu memori yang tak dapat aku lupa.

Ceritanya bermula aku, adik dan anak solehku Saif Arham ikut trip ke Kundasang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan Allah mudahkan. Terima kasih Nazihah sbb drivekan untuk kami. Stay di Kundasang satu malam, stay di homestay jalan nak turun kundasang satu malam.

Bermalam di Kundasang Alhamdulillah baik2 sahaja. Ini cerita malam kedua. Malam yang kedua homestay yang lain pula, aku request bilik yang ada tandas supaya mudah aku uruskan anak kecil. Ketika tu Saif dalam 8 bulan. Aku masuk bilik tersebut rasa sesak dada / tak selesa. Tapi mungkin perasaan aku je.

Malam tersebut ber-bbq lah kami semua, setelah selesai semua makan2, semuaa masuk bilik masing2 untuk rehat. Perasaan aku memang lain, tapi tetap teruskan tidur.

Tetiba di tengah2 malam *lupa jam berapa Saif nangis teruk mcm kena dera. Kuat betul nangisnyaaa sampai semua bangun. Dibagi susu pun tak nak. Aku masuk bilik member lain dan tenangkan Saif, tetap nangis kuat. Kemudian Shima, Nabila datang, nabila ckp kena baca2 ayat di air dan sapu di muka saif. Suami nabila, Amin tolongkan buat air tu. Disapu lah air tu kat muka Saif. Aku ni panik teramat sangat bila anak mcm tu, dan diri sendiri pun rasa tak selesa sampai aku nangis.

Lepas Saif dah disapu air ke muka tu, slow slow saif tenang. Alhamdulillah. Jadi tidurlah kami di ruang tamu ramai2. Tak nak teruskan tidur dalam bilik tu.

Bila diruang tamu, semua dah tidur lena, aku kejap2 terjaga baca doa pendiding kat anak dan tengok anak supaya anak baik2 sahaja. Tengok jam 15 min sekali aku sedar2 sbb terlalu kuat anjing menyalak dkt situ. Allahu. Aku dgr pun seram. Tapi Alhamdulillah Saif dijaga oleh malaikat dan dapat perlindungan dari Allah.

Sekian cerita tetang pengalaman itu.

Terima kasih semua sahabat2 organik❤️

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa