Homestay ...
Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak update blog, harini terdetik untuk bercerita memori yang aku pendam. Banyak memori yang tak terluah. Ini salah satu memori yang tak dapat aku lupa. Ceritanya bermula aku, adik dan anak solehku Saif Arham ikut trip ke Kundasang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan Allah mudahkan. Terima kasih Nazihah sbb drivekan untuk kami. Stay di Kundasang satu malam, stay di homestay jalan nak turun kundasang satu malam. Bermalam di Kundasang Alhamdulillah baik2 sahaja. Ini cerita malam kedua. Malam yang kedua homestay yang lain pula, aku request bilik yang ada tandas supaya mudah aku uruskan anak kecil. Ketika tu Saif dalam 8 bulan. Aku masuk bilik tersebut rasa sesak dada / tak selesa. Tapi mungkin perasaan aku je. Malam tersebut ber-bbq lah kami semua, setelah selesai semua makan2, semuaa masuk bilik masing2 untuk rehat. Perasaan aku memang lain, tapi tetap teruskan tidur. Tetiba di tengah2 malam *lupa jam berapa Saif nangis teruk mcm kena dera. Kuat betul ...