First flight ;Saif

Habis cuti penggal 1 bulan 6, i decide nak bawa anak ke Lahad datu since adik dah habis ipg. So boleh la duduk sekali for a while kan before my sis dapat tawaran penempatan.

Jadi prepare beli tiket awal-awal supaya tak kalut. Dari KB-KL, then KL-KK then KK-LD for 3pax. Kemudian husb kerja tak boleh nak hantar sampai LD, him decide nak hantar sampai KL. So belilah satu lagi tiket. Then, adik sorang lagi nak fly ke penang, beli transit ke KL dulu with us.

Saat tiba check in tiket, tetiba tiket with infant tak lepas. Jadi terpaksa pegi awal ntuk check in before fly. Alhamdulillah, ramai menghantar ke airport. Paling terharu, nyang saif yang selalu tolak nak pergi mana2 sebab uzur tua, nak ikut pergi hantar kami juga.

Bila dah masuk dalam gate, alhamdulillah lega ya amat!

Masuklah kami dalam flight, kami duduk di seat belakang. Lepas dekat 30-40 min berlalu tetiba beberapa orang pekerja airasia dalam kapal, bergerak dari satu tempat ke satu tempat dgn lama. Kami hanya lihat dari jauh, eh tetiba tempat seat kami pun dia datang! Rupanya...

Terlebih infant dalam kapal. Ada 9 baby. Tak cukup jaket keselamatan untuk baby. Hanya ada 8 jaket dalam kapal. Jadi minta izin untuk parent dgn infant turun dari kapal. Naik kapal lain jam 7mlm. Memang tidaklah nak turun. Sebab semua dah plan. Dahla dgn baby, lagilah kita ikut kita punya schedule. Tambah lagi bukan hanya ke KL je kita nak pi, esok tu KK lagi LD lagi. Timing untuk baby kita dah set. Empat kali jugaklah dia ke depan ke belakang tanyakan soalan yang sama. Memang kami tidak mengalah la jawabnya. Last anak kapal buat announce supaya salah seorang beralah setelah berejam memujuk tak de yang nak turun. Short story; parents kat depan turun dgn baby.

So. 2 hrs later. Fly lah kami ke KL. alhamdulillah, anaknda saif behave all the way from kb-kl. Tak merengek langsungg!! Syukur alhamdulillah. Semua yang dibaca do n dont semasa bawa infant naik flight menjadi. Tipsnya jangan bagi baby tidur sebelum naik flight, main dengan mereka dlu. Susu prepare untuk bagi dalam flight. Alhamdulillah. Saif bg kerjasama yang baikk.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa