Raikan Perbezaan Kita

Orang kata "Eleh, degree, master, PHD ada, tapi masih tak pandai juga" 

Hey, kawan yang lantang bicara, 
Izinkan aku beri sedikit kata-kata, 
Ini bukan tentang "skrol" diterima menunjukkan "bijakpandai" kita, 

Tapi.. 
Tentang jasa & pengorbanan ibu bapa, 
Yang sentiasa doakan kejayaan setiap anaknya.

Bergolok gadai harta mereka,
Berteman air mata mendidik hingga besar dewasa, 
Semata² ingin lihat anaknya berjaya, 
Seiring dengan "kekerasan" dunia.

Ibu bapa mana yang tak ingin lihat anak² berjaya melanjutkan ke tahap yang tertinggi. 

Ibu bapa mana yang tak ingin lihat anak² berjaya dalam bidang yang diceburi. 

Ilmu dunia mereka beri, 
Ilmu akhirat mereka kasi, 

Inilah jihad mereka, 
Mendidik, memberi lorong untuk anak² mencorak masa depan yang lebih baik dari mereka. 

Saat anak memperaksi langkah di pentas utama, 
Ibu bapalah yang paling gembira dan bangga, 
Kerna itulah impian mereka, 
Melihat sang anak mampu berdiri sendiri tatkala mereka sudah menua.  

Inilah tentang "moment" terindah yang dilakar di pentas berprestij, 
untuk keringat & jasa mereka,
kita hanya mampu balas dengan senyuman paling gembira di hari "konvokesyen".

Wahai teman yang bijaksana, 
Bijak pandai itu luas makna,
Tidak dapat diukur dan ditafsir melalui "skrol" yang diterima,
Cuma seperti yang dikata, 
Inilah jihad perjuangan sang ibu bapa untuk anaknya.

Kita perlu percaya, 
Bahawa setiap dari kita, 
Akan ada kelebihan yg Allah cipta dan bermakna,
Raikan perbezaan kepandaian kita,
Tanpa peerlu memperlekehkan setiap dari kita.

Ilmu, amal setiap dari kita akan ditimbang tara di sana, 
Buatlah terbaik dan jadilah terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan untuk nusa bangsa.

-Nur Syahirah Mat Zain-
Lahad Datu, Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa