Innamal a'malu binniyat

innamal a'malu binniyat.

Semua amal bermula dengan niat seseorang.

Jika baik niatnya,inshaAllah Allah permudahkan segalanya.

Jika lain niatnya, betulkanlah niat dengan baik balik.

Kita berniat untuk berniaga, kita sudah usaha, tapi niat kita ingin kaya sahaja, Allah akan beri sebab kita usaha, kalau kita niat ingin sedekah rezeki lebihan, Allah akan tambahkan lagi sekiranya kita bersyukur. 

Begitu juga dengan amalan kita yang lain, hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.

Yang paling dekat dengan kita as student, exam. Kita niat untuk exam sahaja atau for gain knowledge for future?
Hanya semata-mata untuk exam ke ? haa. tu balik pada niat seseorang. Kalau kita niat nak dapat ilmu, ilmu tu yang kita akan bawa sampai bila-bila. Kalau semata untuk exam, hanya sekadar atas kertas, kejap terus hilang. Jadi, sentiasa betulkan niat kita. Belajar untuk dapatkan ilmu.

Tak kira pasal apa, pasal solat ke kerana Allah atau ibu bapa, kahwin ke kerana rupa atau hatinya dan ikhlas terima seadanya, pasal  travel ke kerana untuk menunjuk-nunjuk atau  ingin mengaggumi ciptaan si Pencipta atau apa sahaja la, balik pada niat asal kita. Niatlah yang baik-baik. InshaAllah akan dapat yang baik-baik.
Kita takkan rasa menyesal apabila kita betulkan niat kita. Kita akan dapat apa mengikut apa yang kita niatkan.

Jika kita niat sudah baik tapi Allah masih belum beri, jangan berhenti berdoa,  terus berdoa, minta lagi, lagi dan lagi. Allah takkan hampakan hambanya .

usaha , doa , tawakkal.

inshaAllah dimakbulkan. 
Salam Jumaat penuh barakah .
- irasyahira-

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa