Tips terbaik dari admin . Boleh jugak cenggini yaaa. Nanti kita cuba . .  So kena berani 💪

--------------------------------

Berhati-hati di orientasi.

Sekarang ni semua adik-adik tengah happy-happy nak masuk U. Mak Ayah dah belikan barangan, surat dan dokumen nak masuk U pun dah siap semua. Lalu adik-adik pun pergilah menuju ke U yang adik-adik dah pilih. 

Setibanya di sana, adik diagihkan ke kolej-kolej yang tertentu dan selepas pengagihan tu adik pun mengucap selamat tinggal kepada Mak dan Ayah. Berhuhuhuhu sebentar kemudian bersiap sedia untuk ke orientasi. Biasanya adik akan dapat sehelai baju dan bagi budak agama, baju itu sudah pastilah tidak kena dengan pemakaiannya.

Maka mulalah mimpi ngeri budak agama. Antara sebabnya ialah:

1. Kebanyakaan aktiviti ice breaking bercampur lelaki dan perempuan.
2. Waktu solat tidak dititik beratkan oleh fasilitator yang mengendalikan program.
3. Tiada pengasingan di dalam dewan apabila taklimat.
4. Kakak dan abang fasilitator tidak menjaga batas dalam pergaulan kerana mereka menyangka ia tidak salah.
5. Ada aktiviti sukan yang melibatkan meniarap, merangkak dan melompat.

Adik-adik yang berlatar belakangkan agama pasti merasa, betulkah pilihan aku masuk ke sini? Adakah aku juga akan menjadi seperti itu?

Adik-adik, sebenarnya untuk aktiviti seperti itu, adik-adik boleh je elakkan. Kalau adik ada keberanian ini tipsnya:

1. Buat-buat sakit perut atau sakit kepala.
2. Buat-buat tertinggal barang dalam kolej.
3. Beritahu je yang awak memang tak boleh join aktiviti macam tu sambil menangis. Macam admin pernah buat masa disuruh berlawan silat. Muahaha

Bukan apa. Ada mahasiswa yang menyangka aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang biasa, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah salah satu petanda bahawa Islam sudah tiada lagi dalam diri anak muda.

Jangan diikut sangat kata fasilitator tu. Bukannya dia Mak Ayah awak pun, dia manusia. Awak langgar peraturan dia untuk jaga diri awak. 

Sampai bila kita nak semua ini harus terjadi?Jadi adik-adiklah kena mengubahnya.

Tahniah kerana dapat melanjutkan pengajian ke UniAwam. Semoga adik-adik semuanya istiqamah.

Jangan lupa asal usul diri seperti mana admin pernah lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Kelayakan YIK

GURU BARU DI MML

Interview Kafa