Diberi madu pada mulanya , Sepah dibuang begitu saja .
Dulu kau yang mulakan bicara .
Kata-katamu semanis madu .
Membuatkan si jelita lentok dengan pujukan rayu .
Engkau bagi kata cinta .
Engkau bagi kata pujangga.
Sehingga dia terpesona dengan kata .
Kau mulakan ikatan cinta ,
Bukan untuk membina maghligai bahagia,
Tapi untuk musnahkan si dia,
Hanya untuk suka-suka .
Wahai lelaki ,
Adakah kau bahagia bila melihat si dia menderita?
Wanita ,
Kau juga satu ,
kenapa mudah lentok dengan pujukan rayu?!
Hiasi iman dengan taqwa ,
Kukuhkan hubungan dengan pencipta ,
Jika tiba masa,
Kau juga akan bertemu dengan pasangan yang paling istimewa dimatamu.
Jika niatmu ingin menghalalkannya ,
cuba sedaya upaya memenuhinya ,
jangan mulut kencang berbicara ,
tanpa ada tindakan yang sepatutnya .
Jangan hanya hebat berbicara wahai si lelaki,
Jika dia kau mahu suka-suka ,
Jangan pernah dekati dia ,
Mohon kau jalan angkat kaki .
Comments
Post a Comment