Jom perbaiki diri
Memang . Pakaian tidak pernah melambangkan identiti seseorang . Tidak semestinya yang tertutup itu baik sepenuhnya , dan tak semestinya yang terbuka itu jahil semuanya . Tak semestinya yang berpurdah itu takde jahilnya , tak semestinya yang bertudung litup itu tahu semuanya. Tapi mereka tahu , itu adalah kewajipan menutup aurat. ! Bicara tentang perilaku si bertudung itu ini , memang tak sampai sudah ada salah silapnya. Tapi mahukah kita pakai pakaian akhirul zaman ? Yang terbuka aurat sana sini , yang jelas dicatitkan dosanya setiap masa ? Allah . Istighfarlah , aku dia dan yang bertudung labuh mahupun berpurdah bukan baik mana , masih jahil , masih ada salah silapnya , tak semuanya betul , tapi ini suruhan Allah, perintah Allah . Wajib kita turuti. Janganlah mengutuk jika dia ada kekurangan dan salah silap, kerana kita semua pendosa . Awak , saya tak mampu nak tegur secara depan kerana saya tahu saya tak layak untuk menegur . Tapi fahamkanlah , ta...